Tuesday, November 24, 2009

Sotong celup tepung

Dah lama x letak resepi kt sini..so arini nk letak resepi yg aku first time wt smalam..special request from encet lebah..iaitu Sotong Celup Tepung or Sotong Goreng Tepung..puas hati masak sndiri..bole mkn byk2..hehe..gambar x sempat amik sbb kamera, henpon sume bat kong..x mampu nk charge dulu sbb dh lapar sgt..:D



gambar ihsan google tapi mmg lebih kurang mcm ni la rupanya nnti :)


Hidangan untuk 2 orang

Bahan-bahan
1.Sotong size sederhana - 3 ekor
2.Tepung jagung
3.Tepung gandum
4.Sebiji telur
5.Sedikit garam
6.Sedikit serbuk kari
7.Lada sulah
8.Minyak masak

Cara-cara
1.Mula-mula bersihkan encet sotong, buang tulang or dakwat hitam sume.
2.Pastu potong sotong-sotong itu sampai jadik bulat2 mcm cincin.
3.Lepas dh bersih, encet sotong tu kering x kering sgt la..masukkan sedikit tepung jagung
dlm mangkuk yg ada sotong tu dn gaul-gaul skit.
4.Amik 1 mangkuk saiz sederhana satu utk letak tepung jagung..letak dlm 3/4 mangkuk.
5.Amik tepung gandum sket..sket jekk tau, campurkan dlm mangkuk yg ada tepung jagung td..juga secubit garam dn sesudu kecil serbuk kari + lada sulah pastu gaul2 mereka dlm keadaan kering.
6.Pecahkan telur sebiji td dn masukkan dlm 1 lagi mangkuk..pukul telur tu smpai sebati..
7.Dah setel sume tu, bole la sediakan kuali atas dapur, dn panaskan minyak.
8.Nak senang, susun sume mangkuk2 td tu ikut turutan kt tepi kuali..mangkuk yg ada sotong,mangkuk telur dan mangkuk yg ada tepung jagung tu.
9.Agak2 minyak dh panas, bole la mulakan amik sotong tu, celup dlm telur, pastu golek2 kan dlm tepung jagung tu dn campak dlm kuali.
10.Goreng smpai rasa dh nampak agak2 rangup..tp ada org kata jgn goreng lama sgt nnti sotong tu jadik liat..terpulang selera masing2.
11.Pastu toskan minyak dr sotong tu dn bole la dihidangkan.
12.Cicah ngn sos cili thai pun sodap..hehe

Sekian.Selamat mencoba! +_+

Wednesday, November 4, 2009

Ikan Stim Limau Cik Hani

bahan2 nye:-

ikan siakap
sebiji bwg besar bersaiz sederhana dipotong dadu
3 biji bwg puteh di potong dadu
2cm halia dipotong halus
5 biji limau kasturi (diperah ambilair nye)
5 biji lada cili padi di potong2(ikut suka ati, ikut tahap kepedasan yg uolls nk)
garam secukup rasa
serbuk perasa bg yg suka

cara2 nye:

1. masuk kn air kedalam periuk.agak2 menengelam kn ikan tuh
rebus ikan sekejap bersama halia. xperlu lame sangat. agak2 ikan tu dh 1/2 msk tutup api.
2. then kalu xsuka kuah banyak/xsuka air rebusan ikan buang air rebusan ikan tadi.(aku guna aje air rebusan tu) if suka boleh guna kan air ikan sebagai kuah.
3. masuk kan bawang merah+bwg puteh+air perahan limau+cili padi kedalam periuk yg ade ikan tuh.letak garam serbuk perasa (jika suka)secukup rase.
4. lepas tu didih kn kuah tu agak2 ikan dengan bahan2 campuran tadi dh mesra sesama sendiri tutup api..


ni aku tiru sebijik sejobot dr blog hani ni..and aku buat pon sebijik sejobot cam resepi ni..cume aku tukar ikan siakap n bwg besar tu jek..

Kari Ikan


Bahan2:

Ikan sesuke ati laa ikan ape..aku buat ni ikan bwl kot..kot???
Bwg merah 5 biji
Bwg putih 3 biji
Halia 1 inch
Lada kisar 2 sudu
Rempah kari 1 peket
Kentang (x nk boh pon xper)
Air asam jawa
Santan
Minyak masak

Cara2

Bwg merah, bwg putih n halia di tumbuk2..
Rempah kari tu masuk dlm mangkuk..bancuh ngan air..n letakkan 2 sudu lada kering yg dikisar
Tumis..bwgmerah+putih+halia yg dh ditumbuk..
lps bau naik..masukkan rempah kari yg dh dibancuh..agak2 2-3 minit..masukkan kentang..
Masukkan santan dan air asam jawa
setelah kentang agak empuk..baru masukkan ikan..sbb ikan cepat masak..kalo masukkan sama2 ngan kentang..nnti sama ade kentang x empuk atau ikan hancur..huhuhu
Jgn lupe garam and serbuk perasa..

Siap..n hidang..cewah

Thursday, October 29, 2009

Udang Sambal Petai

Udang sambal petai


Bahan-bahan

Minyak masak : 80 ml or lebih kurang 4 sudu besar
Satu sudu besar air asam jawa : Rendam dlm sdikit air panas + ramas2 skit
Petai : Ikut suka nk letak byk mana..kalo tkut ada ulat kt dlm, belah la dua
Udang saiz sederhana : 1/2 kilo
Gula : secukup rasa
Garam : secukup rasa
~
Bahan-bahan yg perlu dikisar halus
Bawang merah : 10 ulas dikupas, dibasuh
Cili kering : 15 tangkai or ikut suka kalo nk pedas letak lebih sket, rendam dlm air panas & toskan..jgn lupa buang bijik, x elok utk kesihatan
Belacan : 1 sudu besar

Cara-cara memasak
Memula panaskan minyk dlm kuali.
Tumiskn cili & bwg merah yg dh dikisar halus td smpai wangi.
Masak pelan2 sampai la pecah minyak.
Pastu masukkan air asam jawa td sesudu skali ngn petai dn encet udang.
Goreng dlm lebih kurang 2 minit pastu tambahkan gula dn garam ikut sedap lidah anda.
Agak2 rasa sambal dh cukup sume rasa, pedas, manis skit, masin skit, masam skit..n udang dh masak, bole la angkat dn hidangkan.


Sekian slamat menerai! :)

Monday, October 26, 2009

Puding Cocktail

Pic sources: googles

Bahan-Bahan:

part A (for puding)
1. Tepung Castard
2. Gula
3.Air
4.Susu pekat


Part B
1. Buah2an Cocktail
2. Susu cair
3. nata de coco


Cara- Cara:

Part A
  • Masukkan tepung castard+ air+susu pekat sikit+gula ke dalam periuk
  • Api yg perlahan (supaya tidak hangus
  • Kaco sehingga likat dan bewarna keemasan..
  • Boleh juga di tambah jagung dalam tin kalo mahu
  • Setelah masak..letakkan dlm acuan dan biarkan sejuk

Part B

  • Masukkan susu cair ke dlm periuk
  • panaskan tapi jgn sampai menggelegak
  • Masukkan susu cair yg dah dipanaskan ke dalam mangkuk
  • tuang buah2an cocktail
  • masukkan nata de coco (air die jgn masukkan)
  • potong puding (Part A) dan masukkan skali

Sgt sedap dihidangkan sejuk2..so lpstu masukkan air batu..atau masuk dlm fridge.. :)

Begedil

gmbr yg di google

Bahan:
Kentang 9 biji
Daging/Ayam Cincang
Daun Sup dipotong halus
Lada Hitam
Telur 1 biji

Cara-cara:
  • Potong kentang ke bentuk wedges dan goreng sehingga masak/empuk
  • Kentang yg dh digoreng dilenyek2 sehingga hancur.
  • Gaulkan kentang+daging atau ayam cincang+daun sup+lada hitam
  • bentukkan bulat atau leper mengikut kesukaan hati
  • Telur dikacau2
  • Panaskan minyak..begedil yang telah dibentuk2 tadi..celurkan ke dalam telur dan goreng sehingga masak..
  • mudah kan??

Tapi Babad kata begedil org jawa best sbb ade rempah ratus mcm ketumbar dan segalanye..so nnti bile aku dh bljr ngan akak ipar aku akan repair balik resepi ni..

selamat mncobe..

Gelama Sweet Sour ~So Sweet~

ikan gelama tangkapan encek mohd hasben saya..


bahan-bahan

1. Ikan - Siakap @ Bawal @ Bapak Gelama (aku guna yg ni)
2. Garam Kunyit - utk menggoreng ikan 3/4 masak
3. 1 ulas bawang putih
4. 3 sudu besar sos tomato
5. 2 sudu kecil sos cili
6. 1 sudu sos tiram
7. 3 sudu besar cili boh
8. garam & gula (secukup rasa)
9. sedikit air
10. bawang besar - dipotong bulat2
11. daun sup + daun bawang (dicincang) dan cili besar (potong yer) - utk hiasan

cara-cara

1. bersihkan ikan dan lumurkan dgn garam dan kunyit.

2. goreng dalam minyak yg panas smpai 3/4 masak. tos dan ketepikan.

3. tumis bawang putih dalam kuali dgn sedikit minyak. apabila kekuningan, masukkan cili boh. bila dah pecah minyak, masukkan semua sos & air sedikit. masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. masukkan ikan dan gaul sehingga sebati.. ;p

5. hidangkan sambil ditaburi dgn bahan hiasan tu..

tips: ada 2 cara. either ikan goreng smpai masak + sos dituang atas ikan or dgn cara di atas.. anda juga bleh masukkan carrot dalam masakan sos tuh..

selamat mencoba..
coba kau cobaa....

Petola Masak Lemak

petola masak lemak yang aku masak secara serius.. ;p

bahan-bahan

1. 1 biji petola
2. santan (ikut suka nak kuah byk mana)
3. bawang putih (dipotong @ tumbuk)
4. bawang besar (potong secara menegak)
5. garam secukup rasa
6. air

cara-cara

1. masukkan petola, bawang putih dan sedikit air ke dalam periuk. Kacau.

2. bila tgk sayur dah separuh masak, masukkan santan dan bawang besar. kacau sampai mendidih.

3. pahtu masukkan garam dan gula sket (jika perlu)..

4. siap..

p/s: korang bleh letak su'un jika mahu.. :)

selamat mencoba..

Thursday, October 22, 2009

Ayam Masak Kicap Pedas

cik wawa kita kata nak kan masakan ayam..
meh saya bagi masakan yang tak jemu bagi keluarga kami..
cuma meluat saje.. ahaha..

Bahan-bahan:

1. ayam <-- takkan kuceng lak kan.. haha..
(dipotong kecik2 kira-kira pjg 1/2 jari anda. amek dgn tulang skali)
2. cili boh - dalam 10 sudu makan (jgn smpai jadi sambal lak)
3. kicap - yg manis la bes sket
4. kulit kayu manis - 1
5. cengkih - sket
6. buah pelaga - sket
7. bawang besar - stgh biji (dipotong bulat2)
8. bawang putih - utk menumis
9. minyak utk menggoreng
10. garam secukup rasa
11. serbuk kunyit
12. gula
13. daun sup + daun bawang
14. halia - 4,5 potong (dipotong nipis²)

Cara-caranya:

1. ayam yg dah dipotong tadi dilumurkan garam kunyi utk digoreng.
2. panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak. agak-agak dah masak sket (garing sket saje kt luar)
3. angkat dan ketepikan.

4. panaskan kuali dgn sedikit minyak, dan tumis bawang putih.
5. masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
6. masukkan sedikit garam (jgn smpai masin sbb nk boh kicap nanti) dan gula.
7. masukkan bahan-bahan no 4,5,6,14.
8. boh air sket.
9. masukkan ayam dan gaul sehingga sebati. (hehe..)
10. bila ayam dah agak-agak masak, masukkan bawang besar, dan gaul 8 kali lagi.
11. lepas tu masukkan kicap, gaul dan rasa.
12. if kaler dah cukup gelap tp kurang masin, sila tambah garam. kalau dah lebih masin, tambah air sket. (ayat stended)
13. last skali, masukkan dalam mangkuk cantik dan hias dgn hirisan cili merah dan daun sup + daun bawang yg dipotong halus.

selamat mencoba..

p/s: tetiba tertinggal halia lak. re-update. haha..

Gulai Lemak Udang Nenas

gulai lemak udang nenas


Ni first taim aku masak gulai lemak guna udang..biasa mak aku wat pakai ikan masin..terpulang selera masing2..biasa org kuantan suka wt pakai ikan masin..ni lauk as requested by encet hasben..since kami adalah duk berdua saja di umah..jadi, bahan2 utk resepi ni cukup2 utk 2 perut saja..hehe
aa
Bahan-bahan
1/4 kg udang
1/4 biji nenas, dipotong ikut suke ---> atau, lebih mudah beli buah nenas potong jek kt kdai buah yg splastik RM1 tu..:p
2 sudu besar lada boh --->kalo nk wrna gulai kemerah-merahan letak la 3 sudu
Sedikit belacan
1 batang serai yang dititik
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Santan siap perah, 2 biji---> aku biasa beli yg 2 biji punye, RM2.40, terpulang kalo x nak berlemak sgt, santan 1 biji pun dh ok..ataupun santan kotak ke, 1 1/2 cawan..
1 cawan air ---> kalo x nak pekat sgt letak la 2 cawan air
aa
Bahan-bahan tumbuk
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
aa
Cara-cara memasak
Mula-mula bersihkan udang, buang muncung, buang misai segala, kalo x suke kepala udang, buang juge..tinggal bdn aje..

Masukkan air, bahan2 tumbuk, lada boh, belacan dan serai yang dititik dlam periuk.Biarkan sampai mendidih.

Dah mendidih, masukkan nenas, jgn biar lama sgt nnti nenas lecuh.

Pastu, masukkan santan pekat ke dalam periuk dan kacau2 supaya santan x pecah.

Masukkan encet udang bila kuah dh agak mendidih.

Lastly, masukkan garam, gula dan ajinomoto (kalo korang nak) dn kacau la dr semasa ke semasa..rasa2 la kuah tu skali skala kut2 termasin ke termanis ke.

Agak2 udang dh masak, bole la hidang..udang tu jgn smpai overcooked..kang keras x sedap..

okies..sekian saja dr aku si chef amatur, selamat mencuba! :)

Sagu Gula Merah


ini pencuci mulut g dibuat masa kenduri kawen aku dulu..
feveret aku ni.. korang pon bleh cuba gak..
mudah, senang, cepat dan betul.. ;p

bahan²..
1. sagu (ada org kata sagu mata ikan.. sagu biasa yg kecik tu pon bleh.. tak marah punye..)
2. perwarna - kalau nk sagu tu ada kaler
3. gula merah
4. susu cair

cara² masak..
1. basuh sagu dan rebus sehingga masak.
2. letakkan pewarna dalam sagu tadi ikut suka hati anda. takmo letak pon takpa..
3. letakkan sagu tadi kt dalam 1 bekas dan boleh juga kalau nk sejukkan dia dlm petiais.
4. seterusnya, gula merah tadi dimasak. sila tambah air sket. jgn byk² sgt sbb nak bg dia pekat.

cara² nak makan..
1. cedok sagu masuk dalam cawan.
2. letakkan gula merah yg cair itu plak.
3. tuang susu cair..
4. makan.. (tak perlu gaul semua yer..)

p/s: kuantiti susu cair & gula merah itu ikut sukahati anda..

senang kan? ok, dah buat, hantar kt aku sket..
tamat.

Wednesday, October 21, 2009

Ketam Masak Lemak Cili Api

Resepi (aku belasah jek ni..tapi mnjadi jek..cewah)
5bj bwg bsr
5bj bwg putih
1inci kunyit
10 biji cili padi (sbb aku x kuat pds)
bahan2 ni di kisar halus
lps tu ketuk serai sbtg
1 mangkuk santan (aku suke yg parut punye)
asam keping
ketam..dlm 4-5 ekor jek sbb 2 org makan

bahan2 yg blender tu masuk periuk lps tu tuang santan..
bukak api tapi jgn besar2..bukak api slow jek..lps tu kacau jek jgn sampai santan pecah lemak..

aku x mskkan air ok..mmg santan semata2..hahahha..gile kolestrol tggi..lps tu msukkan serai yg dititik@diketuk, asam keping 2 keping n ketam..kacau2 n masukkan garam n ajinamoto..

lps tu ejas2 laa rase tu kalo dh tergrm lebih..ltk jeklaa air..lps tu kacau laa smpi ketam masak..nk ltk extra kentang pon boleh..

tu jeklaa..hahahha..sempoi...

So, kwn2..ape lagi jom makan ketam..



gmbr tanpa flash...ketam msk lmk.

gmbr berflash..cewah..

Sup Tulang

Aku mmg dh selalu gaklaa buat sup tulang ni..sebab Babad kata TERBAIKKKK!!!!..bukan aku kata, aku manalaa reti bangga2 diri ni..hahahhaha..pang!!!tapi Babad yg kata..aku tulis jeklaa..

Bahan2.:
Stgh kilo tulang
kentang
2 bunjut sup tulang adabi
bwg merah 5 biji-dihiris halus2
bwg putih 3 biji-dihiris halus
halia-diketuk2 jek
kayu manis sikit
cili api sesedap rase pedas..

memula rebus sup tulang tu selama 2 jam..haaa...amik ko..bukan ape..kalo x empuk..kang x psl2 ko makan daging2 yg melekat kat tulang tu..dgn gigi2 ko tanggal..sebab liat..

bile dgg dh empuk..ko masukkan bwg merah n bwg putih, halia, kulit kayu manis, sup bunjut tulang dan cili api..dan kentang..lps tu msk laa garam sesedap rase korang..

dah siap..hahahhahaha..

mudah kan??


Kalo nk buat sambal kicap die pon boleh..tapi sbb dlm sup ni aku mmg dh ltk cili api..so, mmg dh pedas..kalo ade anak2 kecik,korang xnk ltk cili api pon boleh..tapi lps tu korang buat aa sambal kicap..barulaa terbaik!!!kalah ani sup utara okeh..cewah...



makan plak ngan nasi panas n telur masin..mmg stim laa...

Ikan Patin Masak Tempoyak



So..resepi ikan patin masak tempoyak adalah seperti berikut:
Justify Full

Mudah ye tuan2 dan puan2 sekelian

Biasalaa resepi cikpid..simple dimple ok..hhahhaha..jadi jgn kaget..

Ikan Patin secukup tekak
Cili Api secukup pedas
Kunyit Hidup sesuke hati
Tempoyak nyam..nyam
Asam keping

Cili api+kunyit hidup korang tumbuk2 sampai lumat...
Lps tu..masukkan ikan patin dlm periuk..masukkan bahan yg dh ditumbuk..masukkan air..tenggek laa atas api..lalalallalal...
Lps tu cmpak asam keping..n tempoyak..lps tu masukkan garam and ajinomoto....

Biar sampai ikan masak..rase2..n kalo dh secukup rase..matikan la api..hahhahaha

Gile mudah kan??ok..bagi org yg bekerja tapi gigih nk masak utk laki ari2..n masak utk anak ag..n kemas umah n mop lantai ag..so..sile laa cube resepi simple dimple dr cikpid ni..