Wednesday, September 21, 2011
Spaghetti Carbonara
Kawan aku, sang lina ada bagi resipi secara manual. oleh kerana haritu aku dah lapar, makanya, aku main tipu. beli carbonara dalam tin.. hehe..
Bahan-bahan:
spegeti @ fettuccine - ikut suka (stgh paket boleh makan dlm 4-5 org)
ayam cincang @ 2 keping daging ayam burger (rendam seketika & cincang)
udang (buang kulit) - 10 ekor
cendawan butang - 1 tin
carbonara paste cap prego - 1 tin (boleh mkn dlm 4-5 org)
bawang merah - 2 biji (cincang)
air - setengah tin prego
garam - secukup rasa
lada hitam - ikut suka
cara-cara:
1. utk spegeti
panaskan air separuh periuk. masukkan 2 sudu minyak masak dan stgh sudu garam dlm air mendidih. pahtu masukkan spegeti tadi. masak smpai lembut. bila dah masak, toskan dan cuci dgn air biasa supaya tak melekat & tahan lama. tos lagi. utk lebih baik lagi, tuang olive oil dan gaulkan pd spegeti tadi.
2. utk kuah
panaskan minyak dlm periuk. tak perlu byk minyak, sekadar nak tumiskan bawang shj. masukkan bawang merah td, agak2 dah layu, masuk ayam cincang. masak smpai masak.. :D
masukkan pes carbonara dan air. sentiasa kacau supaya tak berketul. bila dah nak mendidih, masukkan udang, cendawan butang, garam secukup rasa dan lada hitam (kalau nak pedas). tunggu smpai mendidih. kalau pekat sgt, masukkan air sedikit, dan tunggu smpai mendidih sekali lagi.
p/s: kalau nak buat 2 version (pedas dan tak pedas), tunggu kuah mendidih & asingkan dulu kuah tu sblm letak lada hitam..
ok.. siapppppppppp...
Monday, October 4, 2010
Ayam Goreng Madu 4..
tgk cikpid ada letak resipi nasik ayam.
tp takdak resipi masakan ayam tu..
oleh kerana kaedah tradisional yg penah aku buat sblm ni agak lama sbb memerlukan kaedah pemerapan ayam yg efektif dan tetamu plak time tu dah nak dtg, jadi, aku dgn suka suki wat resipi katun utk menu nasik ayam tu..
bahan-bahan:
ayam yg dah direbus. (sebaiknya ayam tu dipotong 8 dan utk lebih mudah, direbus dalam sup ayam tu)
1 pes ayam madu brand megi.
2 sudu rempah kari ayam. (utk bg ada rasa pedas sket)
sedikit garam.
sedikit gula.
cara-cara:
sambil panaskan minyak, mandikan ayam dgn pes ayam madu, rempah kari ayam dan garam serta gula sebagai penambah rasa. gaulkan semuanya kt ayam tu..
bila minyak dah panas, goreng sehingga kaler coklat2 gelap (bkn itam legam yer..). sekejap saje yer sbb isi dalam tu dah masak masa direbus tadi.
kemudian, angkat dari kuali dan potong guna pisau potong daging macam org buat kt kedai tu.. pahtu boleh la dihidang..

sekadar gambar hiasan
rasa macam beli ok walaupon ada main tipu sket (guna pes) kt situ.
hahaha..
ok. kelas tamat.
>> note: 1 pes tu aku guna untuk 3/4 whole chicken (utk goreng). another 1/4 ayam tu aku potong lebih kecik untuk buat sup ayam.
Wednesday, September 29, 2010
..::Rendang Ayam::..
Bahan-bahan
Friday, July 9, 2010
..::Ayam Sambal Kicap Pedas Giler Noma::..
Friday, May 21, 2010
Nasi Ayam Ala Cikpid
Tak sangka masak nasi ayam senang rupenya..haih..
Sile laa cube..
Bahan-bahan
1. Ayam yang di sembelih
2. Bawang merah
3. Bawang Putih
4. Halia
5. Serbuk kunyit
6. Mentega
2-3 biji bwg merah+1 biji bwg putih+stgh inci halia di ricih halus.
Rebus ayam dan masukkan bahan yang diricih itu..masukkan garam sekali secukup rasa.
Air rebusan agak2laa..msti berpadanan dgn nasi yang nk di masak.
Sebab air rebusan tu yang nk guna untuk masak nasi.
Tumbuk bwg merah+bwg putih+halia pulak..tumiskan dengan mentega. X semestinya mentega, nk gune minyak pong boleh jek..
Cuci beras2 bersih-bersih..
Masukkan bahan2 yang di tumis tu dalam nasi..
Lepas tu masukkan pulak air rebusan ayam tadi.
Biasa masak nasi kite gune air paip tu kan..ni kite gantikan dengan air rebusan ayam.
Kalau nk nasi tu kuning..letak sikit serbuk kunyit..sikit sgt2 tau..kalau tak kang kuning sangat dan pahit pula.
Lps tu masak nasi cam biasa laa..
Senang kan?
Air rebusan tu jgn terlalu cair tau..nnti tak sedap sgt ns ayam nye..
Lepas tu ayam yg di rebus tu boleh laa di buat sup..
Atau masak merah ke..goreng jek ke..
Aku biasa buat ayam msk merah jek sbb mls nk buat sambal ns ayam tu asing2..mcm leceh jek J
Selamat memcube yer..
Saturday, May 15, 2010
..::Aiskrim Goreng::..
Sunday, April 18, 2010
Pencicah Air Asam
Wah..lama tak update kat sini weh..ahhahah...lupe diri dah dengan blog yg ini..
Hari tu Noma datang rumah, so aku hidang makan malam mende yang simple jek..ikan goreng cicah air asam..
Mende ni kacang goreng dan boleh di sediakan dalam masa 5 minit aje..
Bahan:
1. Asam Jawa satu mangkuk
2. Bawang Besar
3. Cili Api sesuke hati
4. Lada Besar
5. Belacan sikit
Cara- Cara:
Memula potong bahan 2-5 dan gaul-gaulkan dengan mesra alam ke dalam mangkuk
Kendian asam jawa tu bancuh dalam mangkuk lain.
Bancuh mesti dengan air masak tau sebab ni kan kite nk buat cicah..kang gune air paip jek ape cerita plak sakit perut.
lepas bancuh-bancuh tu..tuang air asam jawa..tapis bijinye dan masukkan dalam mangkuk bahan 2-5 tadi..
Tada..dah siap di hidang bersama ikan goreng atau ikan bakar..











