Saturday, October 5, 2013

Resepi pancake

Lama dah tak update blog ni kan..huhu.. baiklaa resepi simple kegemaran anak anak

Bahan bahan

 1.  Secawan tepung
2.  Secawan susu segar
3. Stgh sudu besar baking powdee
4. 3 sudu gula
5.  1 biji telur 

Cara-cara 

1.    Masukkan 1 cawan tepung dan baking powder ke dalam bekas (Bekas A)

2.  Dalam bekas yang lain, masukkan susu segar, gula dan telur kuning sahaja. Kacau sebati (Bekas B)

3.  Telur putih dipukul sehingga kembang

4.   Masukkan bahan bahan Bekas B ke dalam bekas A.. gaul rata

5.   Masukkan telur putih dan kacau sehingga sebati

6.  Panaskan kuali tidak lekat.. masak dengan api perlahan

7.  Apabila adunan didalam kuali mengeluarkan buih buih kecil.. terbalik kan segera


Makan dengan honey syrup atau chocolate syrup..Selamat mencuba


Wednesday, September 21, 2011

Spaghetti Carbonara

source: google

Kawan aku, sang lina ada bagi resipi secara manual. oleh kerana haritu aku dah lapar, makanya, aku main tipu. beli carbonara dalam tin.. hehe..

Bahan-bahan:
spegeti @ fettuccine - ikut suka (stgh paket boleh makan dlm 4-5 org)
ayam cincang @ 2 keping daging ayam burger (rendam seketika & cincang)
udang (buang kulit) - 10 ekor
cendawan butang - 1 tin
carbonara paste cap prego - 1 tin (boleh mkn dlm 4-5 org)
bawang merah - 2 biji (cincang)
air - setengah tin prego
garam - secukup rasa
lada hitam - ikut suka

cara-cara:

1. utk spegeti

panaskan air separuh periuk. masukkan 2 sudu minyak masak dan stgh sudu garam dlm air mendidih. pahtu masukkan spegeti tadi. masak smpai lembut. bila dah masak, toskan dan cuci dgn air biasa supaya tak melekat & tahan lama. tos lagi. utk lebih baik lagi, tuang olive oil dan gaulkan pd spegeti tadi.

2. utk kuah

panaskan minyak dlm periuk. tak perlu byk minyak, sekadar nak tumiskan bawang shj. masukkan bawang merah td, agak2 dah layu, masuk ayam cincang. masak smpai masak.. :D

masukkan pes carbonara dan air. sentiasa kacau supaya tak berketul. bila dah nak mendidih, masukkan udang, cendawan butang, garam secukup rasa dan lada hitam (kalau nak pedas). tunggu smpai mendidih. kalau pekat sgt, masukkan air sedikit, dan tunggu smpai mendidih sekali lagi.

p/s: kalau nak buat 2 version (pedas dan tak pedas), tunggu kuah mendidih & asingkan dulu kuah tu sblm letak lada hitam..

ok.. siapppppppppp...

Monday, October 4, 2010

Ayam Goreng Madu 4..

baru ni aku nk wat nasik ayam..
tgk cikpid ada letak resipi nasik ayam.
tp takdak resipi masakan ayam tu..

oleh kerana kaedah tradisional yg penah aku buat sblm ni agak lama sbb memerlukan kaedah pemerapan ayam yg efektif dan tetamu plak time tu dah nak dtg, jadi, aku dgn suka suki wat resipi katun utk menu nasik ayam tu..

bahan-bahan:

ayam yg dah direbus. (sebaiknya ayam tu dipotong 8 dan utk lebih mudah, direbus dalam sup ayam tu)
1 pes ayam madu brand megi.
2 sudu rempah kari ayam. (utk bg ada rasa pedas sket)
sedikit garam.
sedikit gula.

cara-cara:

sambil panaskan minyak, mandikan ayam dgn pes ayam madu, rempah kari ayam dan garam serta gula sebagai penambah rasa. gaulkan semuanya kt ayam tu..

bila minyak dah panas, goreng sehingga kaler coklat2 gelap (bkn itam legam yer..). sekejap saje yer sbb isi dalam tu dah masak masa direbus tadi.

kemudian, angkat dari kuali dan potong guna pisau potong daging macam org buat kt kedai tu.. pahtu boleh la dihidang..


sekadar gambar hiasan

rasa macam beli ok walaupon ada main tipu sket (guna pes) kt situ.
hahaha..

ok. kelas tamat.

>> note: 1 pes tu aku guna untuk 3/4 whole chicken (utk goreng). another 1/4 ayam tu aku potong lebih kecik untuk buat sup ayam.

Wednesday, September 29, 2010

..::Rendang Ayam::..



Rendang Ayam Cap Noma




Bahan-bahan
1.Ayam – seekor, dipotong 12 keping
2.Santan cair – 2 biji
3.Kerisik – 1 biji kelapa
4.Daun kunyit – 2 helai, dihiris halus
5.Garam – secukup rasa
6.Gula – secukup rasa
7.Serai – 1 batang, diketuk

Untuk dikisar lumat (tambah air skit)
1.Cili merah – 10 tangkai, buang biji
2.Cili kering – 15 direndam dlm air panas dn ditos (aku pakai cili boh yang aku mmg dh siap blend..dlm 4 sudu..masa tumis nanti baru masuk cili boh ni)
3.Cili padi – 10 tangkai
4.Bawang merah – 15 ulas
5.Bawang putih – 3 ulas
6.Buah keras – 8 biji
7.Serai – 1 batang, dihiris kasar
8.Halia – 2 cm
9.Lengkuas – 2 cm
10.Kunyit hidup – 3 cm

Cara-caranya
1.Mula2 masukkan bahan2 yang dh dikisar tadi dlm kuali dan lepas tu masukkan santan.

2.Biar mendidh dlam 30 minit..pastu tengok kuah dh nk pekat skit..baru masukkan ayam.. (makcik aku cakap..tujuan masukkan ayam lambat2 skit..supaya nanti hasilnya nanti ayam tu jadik cam hancur2 skit..ada orang masak rendang awal2 dh masuk ayam terus..depends pd korang)

3.Pastu biarkan dia didih lagi dgn ayam2 tu dan smpai kuah dia makin pekat dan santan tu mula pecah minyak.

4.Masukkan kerisik dan daun kunyit yg dihiris halus tadi..pastu masukkan garam + gula secukup rasa.

5. Biar kuah tu mendidih lagi smpai la dia jadik pekat dan kering...tak yah kacau selalu..sambil2 buat keje lain g la godek2 balik2kan ayam tu kejap..

6.Bila kuah dh agak2 kering..bole la angkat.Hias dgn hirisan daun kunyit..dan makan! :)

Selamat mencuba! ^_^

Nota kaki : Kalo nk buat kerisik tu..pastikan goreng dgn api kecik..smpai semua dh garing..bukan hangus ye..(kalo hangus..nanti kerisik tu rasa pahit) then tumbuk pakai lesung batu smpai dia betul2 lumat dan keluar minyak..



Friday, July 9, 2010

..::Ayam Sambal Kicap Pedas Giler Noma::..


Nota : Hidangan untuk 2 orang 

Bahan-bahan

ayam yg dh dipotong sederhana kecik dlm 5 ketul 
3 sudu besar sos cili (nk letak sos tomato pun bole..ikut suka hati)
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap
minyak masak
garam secukup rasa 
gula secukup rasa
tomato sebiji - potong 6 
bawang holland - potong bulat2 

Bahan-bahan yg perlu dikisar

20 tangkai cili kering atau guna cili boh ready made pun bole dlm 2 -3 sudu besar (kalo guna cili boh, bahan ni x yah kisar dah)
bawang merah 5 biji
1 cm halia
air setengah cawan
cili padi - ikut suka nk banyak mana..kalo nk pedas gile letak la banyak..aku letak 10 :p


Cara-caranya

- Basuh ayam, buang lemak/kulit..rendam ngn air basuhan beras or basuh ngn asam jawa bijik tu

- Pastu gaul ayam yg dg bersih tu dgn kunyit + garam

- Panaskan minyak 

- Goreng ayam tadi tu smpai garing dn masak isik dlm dia..dh masak angkat letak tepi dulu

- Pastu basuh kuali..panaskan minyak lain plak..utk tumis bahan2 yg dikisar tadi pulak

- Bila bahan tumis dah naik bau dn garing..masukkan segala sos2 berkenaan..sos cili,sos tiram dan sos kicap dan juga garam & gula

- Dah rasa kuah sambal kicap tu agak2 sedap..masukkan ayam goreng td pulak..x yah goreng lama2 sbb aym tu  dh goreng dulu td 

- Last sekali baru masukkan bawang holland yg dh potong bulat2 td + tomato yg dh dipotong2..

- Angkat, masuk dlm pinggan..bole hidangkan :)

- Makan la apa lagi..hehe

Hepi trying! \(^_^)/ 

Friday, May 21, 2010

Nasi Ayam Ala Cikpid


Tak sangka masak nasi ayam senang rupenya..haih..

Sile laa cube..

Bahan-bahan

1. Ayam yang di sembelih

2. Bawang merah

3. Bawang Putih

4. Halia

5. Serbuk kunyit

6. Mentega


2-3 biji bwg merah+1 biji bwg putih+stgh inci halia di ricih halus.

Rebus ayam dan masukkan bahan yang diricih itu..masukkan garam sekali secukup rasa.

Air rebusan agak2laa..msti berpadanan dgn nasi yang nk di masak.

Sebab air rebusan tu yang nk guna untuk masak nasi.

Tumbuk bwg merah+bwg putih+halia pulak..tumiskan dengan mentega. X semestinya mentega, nk gune minyak pong boleh jek..

Cuci beras2 bersih-bersih..

Masukkan bahan2 yang di tumis tu dalam nasi..

Lepas tu masukkan pulak air rebusan ayam tadi.

Biasa masak nasi kite gune air paip tu kan..ni kite gantikan dengan air rebusan ayam.

Kalau nk nasi tu kuning..letak sikit serbuk kunyit..sikit sgt2 tau..kalau tak kang kuning sangat dan pahit pula.

Lps tu masak nasi cam biasa laa..

Senang kan?

Air rebusan tu jgn terlalu cair tau..nnti tak sedap sgt ns ayam nye..

Lepas tu ayam yg di rebus tu boleh laa di buat sup..

Atau masak merah ke..goreng jek ke..

Aku biasa buat ayam msk merah jek sbb mls nk buat sambal ns ayam tu asing2..mcm leceh jek J

Selamat memcube yer..

Saturday, May 15, 2010

..::Aiskrim Goreng::..

Smalam aku dpt satu email cara2 nk wat aiskrim goreng..mcm menarik jek..dan sebenarnya senang je nak wat..hehe..meh aku kongsi resepi tu kt sini..aku ada gak teringin nk buat..tp bukan sekarang..one sweet day..bila keadaan mengizinkan..:) 

scoop aiskerim letak atas sekeping roti yang lembap..basahkan roti tu skit dulu

ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskerim tadi 

pastu tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat 


masukkan dlm plastik dan simpan dlm petiais bahagian atas semalaman or 3 jam 


panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...minyak kena betol2 panas - baru gorengkan roti tadi dan balik2kan supaya kuning kedua2 belah  

dh siap goreng letak dlm pinggan

hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka 


belah tgh2 dia..tgok aiskrim x cair kan..tp dgn syarat kena goreng cepat2 dlm minyak yg panas..


ini la rupanya aiskrim goreng yg dh siap digoreng :)


Daria : sapa2 yg berjaya buat aiskrim ni..pos kat aku dua ketul eh.mekasih. ^_^