Wednesday, September 21, 2011

Spaghetti Carbonara

source: google

Kawan aku, sang lina ada bagi resipi secara manual. oleh kerana haritu aku dah lapar, makanya, aku main tipu. beli carbonara dalam tin.. hehe..

Bahan-bahan:
spegeti @ fettuccine - ikut suka (stgh paket boleh makan dlm 4-5 org)
ayam cincang @ 2 keping daging ayam burger (rendam seketika & cincang)
udang (buang kulit) - 10 ekor
cendawan butang - 1 tin
carbonara paste cap prego - 1 tin (boleh mkn dlm 4-5 org)
bawang merah - 2 biji (cincang)
air - setengah tin prego
garam - secukup rasa
lada hitam - ikut suka

cara-cara:

1. utk spegeti

panaskan air separuh periuk. masukkan 2 sudu minyak masak dan stgh sudu garam dlm air mendidih. pahtu masukkan spegeti tadi. masak smpai lembut. bila dah masak, toskan dan cuci dgn air biasa supaya tak melekat & tahan lama. tos lagi. utk lebih baik lagi, tuang olive oil dan gaulkan pd spegeti tadi.

2. utk kuah

panaskan minyak dlm periuk. tak perlu byk minyak, sekadar nak tumiskan bawang shj. masukkan bawang merah td, agak2 dah layu, masuk ayam cincang. masak smpai masak.. :D

masukkan pes carbonara dan air. sentiasa kacau supaya tak berketul. bila dah nak mendidih, masukkan udang, cendawan butang, garam secukup rasa dan lada hitam (kalau nak pedas). tunggu smpai mendidih. kalau pekat sgt, masukkan air sedikit, dan tunggu smpai mendidih sekali lagi.

p/s: kalau nak buat 2 version (pedas dan tak pedas), tunggu kuah mendidih & asingkan dulu kuah tu sblm letak lada hitam..

ok.. siapppppppppp...